Pengenalan

Penerbit buku dan alat bantu pengajaran milik penuh Bumiputera, ditubuhkan pada 3 November 2011.

Latar belakang syarikat

Jalur Inovasi Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 3 November 2011. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera yang khusus dalam bidang penerbitan buku, alat bantuan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Jalur Inovasi Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai produk yang berkualiti sebagai bahan sokongan dan pemantapan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya serta bidang pendidikan amnya untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Kini, dengan sokongan kakitangan yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang penerbitan bahan-bahan pendidikan, syarikat Jalur Inovasi Sdn. Bhd. bersedia dan mampu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing.

Tarikh penubuhan3 November 2011
PemilikanUsahawan Bumiputera sepenuhnya
Produk11 siri buku pendidikan
Pelanggan14 agensi dan institusi

Apa yang kami lakukan

Penerbitan buku

Buku teks, buku kerja dan buku aktiviti untuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan Islam.

Alat bantu P&P

Bahan sokongan yang membantu guru memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Perkhidmatan pendidikan

Penghasilan buku mengikut keperluan jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah.

Pintu masuk pejabat Jalur Inovasi Sdn. Bhd.

Kakitangan utama

Jalur Inovasi mempunyai kakitangan yang berpengalaman serta berkemahiran dalam bidang Rekabentuk, Suntingan, Penterjemah serta pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang ilmiah terutamanya dalam aspek pendidikan.

Pengalaman serta keupayaan kakitangan membolehkan Jalur Inovasi menghasilkan pelbagai jenis buku disamping menyediakan perkhidmatan menghasilkan buku-buku keperluan jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah.

  • Reka bentuk
  • Suntingan
  • Penterjemahan
  • Pakar pendidikan & bidang ilmiah

Ada pertanyaan atau cadangan?

Hubungi kami untuk sebut harga, maklumat produk atau penerbitan buku mengikut keperluan jabatan dan sekolah.

Telefon +603-9174 6619

Hantar pertanyaan

Isi borang ringkas ini dan pertanyaan anda akan terus sampai kepada pasukan kami. Kami membalas pada Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang.

* Wajib diisi